Powered by Blogger.
RSS

Maklumat Am

PENGENALAN
Pusat Sumber SK Tepus
mula beroperasi pada pertengahan tahun 1990
yang hanya berbentuk sebuah almari, berubah menjadi
bilik kecil (2000), pindah ke bekas bilik SPBT (2001), dan
mendapat sebuah bangunan konkrit pada 2006 sehingga hari ini.
Bangunan baru ini mampu menampung seramai 20 orang pelajar.
Pada penghujung tahun 2006 juga, dua unit baru wujud di bawah PSS
iaitu  Unit Bilik Komputerdan Unit bahasa Eglish. Kedua-dua unit ini
terletak di bangunan yang berasingan. Bilangan komputer pada bilik komputer ialah sebanyak 6 buah. 
Ini akan dapat meluaskan lagi peranan yang dimainkan oleh Unit Pusat Sumber
secara amnya.

MOTTO
“PSS GEMILANG PENCETUS MINDA GLOBAL”

VISI & MISI PSS SK TEPUS, DUNGUN

VISI
Sumber rujukan yang dinamik dan efektif menjelang 2012
MISI
Menyediakan buku dan bahan rujukan yang lengkap mengikut keperluan pendidikan terkini di samping mewujudkan suasana belajar yang kondusif
OBJEKTIF
PSS mempunyai objektif seperti berikut:
Membantu meningkatkan kualiti pengajaran-pembelajaran di sekolah.
Memberikan pelbagai jenis perkhidmatan kepada warga sekolah dengan cekap dan mesra.
Menjadi pusat ilmu pengetahuan dan sumber rujukan serba lengkap dan moden.
Menyelaraskan pelbagai aktiviti ko-kurikulum yang menarik dan berfaedah untuk warga sekolah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Perkhidmatan

  1. Peminjaman buku/BBM
  2. Bahan rujukan terkini
  3. Menaip dan mencetak
  4. Menonton astro/video
  5. Mendengar radio kaset
  6. Bilik mesyuarat dan seminar
  7. Sudut rekreasi guru
  8. SchoolNet

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peraturan Am

  • Pusat Sumber akan dibuka setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad, cuti persekolahan dan hari kelepasan am.
  • Isnin – Khamis : 8.00am-12.00pm / 12.30pm- 4.30pm
  • Jumaat  : 8.00am-11.30am /   1.30pm- 4.30pm
  • Semua pelajar dikehendaki berpakaian rasmi sekolah apabila masuk ke Pusat Sumber ketika sesi persekolahan sedang berjalan.
  • Dilarang memakai kasut atau selipar ke dalam Pusat Sumber.
  • Dilarang membawa masuk sebarang jenis beg, fail, makanan dan minuman ke dalam Pusat Sumber.
  • Dilarang membawa masuk buku teks, buku rujukan, buku kerja atau seumpamanya ke dalam PSS kecuali dengan kebenaran AJK Kerja Pusat Sumber.
  • Dilarang membuat bising, mengganggu pengguna lain atau ketenteraman suasana Pusat Sumber.
  • Dilarang membuang sampah merata-rata, mengotorkan atau merosakkan sebarang bahan dan alat di Pusat Sumber.
  • Pengguna dilarang keras mencuri, menulis, menconteng, memotong atau mengoyak buku atau bahan-bahan bacaan lain di Pusat Sumber.
  • Setiap pengguna dikehendaki meletakkan semula bahan yang telah digunakan ke tempat asalnya.
  • Pelajar dilarang memasang/ menggunakan alat-alat Video dan Audio Pusat Sumber tanpa kebenaran AJK Pusat Sumber.
  • Pelajar dibenarkan meminjam pada satu masa ;
  1. buah buku rujukan mata pelajaran sahaja atau
  2. buah buku cerita/fiksyen sahaja
  • Tempoh peminjaman buku ;
  1. Buku-buku di rak terbuka (7 hari)
  2. Buku bertanda merah/Red Spot (14 hari – guru sahaja)
  • Buku yang lewat dikembalikan pada tarikh sepatutnya akan dikenakan denda seperti berikut :
  1. Buku rak terbuka : 1 hari lewat = RM 0.10
  2. Buku bertanda merah : 1 hari lewat = RM 0.20
  3. ( Wang pelajar akan dikembalikan pada akhir sesi persekolahan)
  • Dilarang membawa keluar buku Pusat Sumber yang hendak dipinjam sekiranya buku tersebut belum diproses oleh pengawas Pusat Sumber atau petugas Pusat Sumber yang bertugas.
  • Buku yang telah tamat tempoh pinjamannya boleh dilanjutkan dengan mendapatkan tempoh penyambungan pinjaman.
  • Dinasihatkan kepada semua peminjam agar memeriksa buku dengan teliti sebelum membuat pinjaman. Laporkan segera kepada guru atau pengawas yang bertugas sekiranya terdapat helaian yang koyak, rosak atau hilang.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hubungi kami

Sebarang Pertanyaan masalah dan untuk maklumat lanjut, bolehlah menghubungi kami melalui


Pusat Sumber Sekolah
Bangunan B,
Sekolah Kebangsaan Tepus,
23200 Bukit Besi,
Dungun, Terengganu
Tel : 09-8336112,
Fax : 09-8336111
Emel : pss_sktepus@yahoo.com





  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

MAKLUMAT PENTING

Assalamualaikum wbt,
Laman Blog PSS SK TEPUS sedang dalam proses penambahbaikan dan peningkatan kualiti perkhidmatan. Oleh yang demikian, kepada para pelajar  dan guru yang mempunyai idea yang boleh digunakan untuk meningkatkan laman blog ini, segala sumbangan dan usaha anda adalah dialu-alukan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS